Remaja perempuan menyamar kakitangan Hospital Serdang ditahan reman

SEPANG – Seorang remaja perempuan direman dua bermula hari ini hingga 10 Ogos kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam.

Perintah reman ke atas remaja berusia 14 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

https://csync-global.smartadserver.com/3356/CookieSync.html

Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh fasiliti perubatan tanpa kebenaran dan menyamar sebagai penjawat awam.

Seksyen 448 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala Sekysen 170 Kanun Keseksaan pula memperuntuk hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, remaja itu yang memakai baju lokap berwarna jingga diiringi anggota polis tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira 8.40 pagi.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja perempuan itu ditahan di lobi HSIS di sini 9 pagi semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas baju dan seluar scrub serta lanyard hak milik hospital.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bapa remaja itu tidak bekerja manakala ibunya bertugas di sebuah pusat beli belah di ibu negara.Jelasnya, tubuh remaja itu agak besar berbanding remaja lain yang seusia dengannya serta sukar untuk dibezakan.

Katanya, siasatan sama turut dijalankan sama ada suspek mengalami masalah mental atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

Source :