Luahkan seluruh kehidupan di Paris – Arteta

LONDON: Arsenal kendalian Mikel Arteta menuju ke Parc des Princes awal pagi Khamis ini dengan berusaha untuk mengatasi defisit 1-0 daripada aksi pertama di London utara.

The Gunners akan kembali menurunkan Thomas Partey tetapi masih tidak mampu menyenaraikan pemain tonggak utama Gabriel, Kai Havertz dan Jorginho, namun Arteta kekal optimis.

Bos Arsenal itu berkata, beliau yakin dengan kualiti pasukannya tetapi memberitahu pemainnya supaya “memberikan seluruh kehidupan” mereka jika mahu layak ke final Liga Juara-Juara kali pertama sejak tahun 2006.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak pernah memenangi pertandingan utama kelab elit Eropah.

Arteta memberitahi ESPN: “Teruja, meremang bulu roma, mahukan hari itu tiba, (perasaan) untuk bersiap sedia dengan mantap, amat yakin dan sedar peluang untuk beraksi pada final Liga Juara-Juara. Apabila anda mendapat alasan itu, anda perlu memberikan seluruh kehidupan anda kepadanya.”PauseNextMute

Bercakap mengenai aksi pertama, beliau menambah: “Lihat, apabila saya berjalan keluar terowong, saya lihat (Takehiro) Tomiyasu tiada, (Riccardo) Calafiori tiada, Gabriel Magalhaes tiada, Kai Havertz tiada, Gabriel Jesus tiada, Thomas Partey tiada, Jorginho tiada. Kesebelasan utama!

“Apabila saya melihat pasukan bersaing saya meremang bulu roma. Kerana kami mempunyai merit yang banyak tetapi perlawanan itu hanya dipisahkan dengan margin yang kecil yang tidak menyebelahi kami hari itu. Itulah sebabnya kenapa saya amat optimis.”

Arsenal berdepan PSG awal pagi Khamis ini dan berharap untuk berikhtiar memenuhi kata-kata Arteta.

Jika tidak, mereka berdepan satu lagi kekecewaan di Eropah. – AGENSI