Sultan Brunei penat, berehat di IJN – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sedang mendapat di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau berkata, baginda dilaporkan mengalami kepenatan dan ingin berehat tanpa menjelaskan perkembangan kesihatan yang terperinci.

“Sultan Brunei keadaan penat dan sedang berehat di IJN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang melabuhkan tirai di sini hari ini.

Sementara itu, Sultan Brunei antara 10 pemimpin ASEAN yang hadir ke Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung semalam dan hari ini.

Spekulasi kesihatan baginda mula menjadi dii perkataan pengamal media hari ini apabila dikatakan mengalami serangan jantung. – MalaysiaGazette