Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan – LDLU

Letupan yang berlaku di Kyiv, Ukraine. – Foto AP

KUALA LUMPUR: Dunia perlu bersatu demi mencapai keamanan berkekalan dalam semua konflik yang sedang berlaku.

Ketua Pejabat Asia Timur Liga Liberal Demokratik Ukraine (LDLU), Mariia Makarovych berkata, pencapaian yang diharapkan bukan semata-mata gencatan senjata untuk tempoh terbatas, sebaliknya jaminan bahawa pertumpahan darah tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

“Bergantung kepada rakyat Palestin, rakyat Ukraine, masyarakat antarabangsa, pembuat keputusan, dan pertubuhan sivil untuk mencapai keamanan berkekalan.

“Bukan semata-mata untuk menamatkan konflik, tetapi keamanan yang berkekalan di negara masing-masing dengan harapan rumah mereka tidak lagi dimusnahkan dan keluarga tidak lagi takut mendengar bunyi kuat,” katanya.

ASTRO AWANI