WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif untuk memulakan proses mengklasifikasikan beberapa cawangan tertentu kumpulan politik Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas asing (FTO).
Perintah itu menyatakan;
“Perintah ini menetapkan proses yang mana cawangan tertentu atau bahagian Ikhwanul Muslimin akan dipertimbangkan untuk ditetapkan sebagai FTO,”.
Perintah itu dengan menyebut secara spesifik cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin di Lubnan, Mesir dan Jordan.
Perintah itu mendakwa cawangan itu terbabit dalam atau memudahkan dan menyokong kempen keganasan dan ketidakstabilan yang memudaratkan rantau mereka sendiri, warga Amerika Syarikat, dan kepentingan Amerika Syarikat.
Minggu lalu, Gabenor Texas menyenaraihitamkan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan Ikwanul Muslimin – dua pertubuhan hak sivil Islam paling berpengaruh di AS sebagai pertubuhan pengganas.
Gabenor Republikan itu, Greg Abbott, dalam hantaran di X, berkata pihaknya mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin dan CAIR sebagai pertubuhan pengganas asing dan jenayah transnasional.
Ikhwanul Muslimin adalah gerakan transnasional Islam Sunni yang paling berpengaruh di dunia Arab, diasaskan di Mesir pada tahun 1928.
Kumpulan ini mempunyai sejarah panjang dalam politik serantau dan telah melalui pelbagai fasa, daripada kerja amal dan pendidikan kepada pembabitan politik dan kadang-kala konfrontasi dengan rejim.

