BUTTERWORTH: Dua individu warga tempatan maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Teluk Air Tawar, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, berkata pihaknya terima panggilan kecemasan jam 9.41 pagi.
“Di lokasi kejadian, dikatakan terdapat dua mangsa terperangkap dalam kediaman terbabit dan dilaporkan meninggal dunia.
“Ketika ini seorang mangsa telah dikeluarkan dan operasi masih belum tamat.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

