Palestin masih jauh kecapi ketenangan

MINGGU awal berpuasa Ramadan tahun ini, suasana di Palestin dan Asia Barat masih bergolak. Tak berubah sejak dulu.

Di Palestin, ketegangan sering memuncak setiap kali Ramadan, khususnya di sekitar Baitulmaqdis dan kawasan suci Masjid Al-Aqsa.

Askar Zionis sekat imam dan umat Islam ke Masjid Al-Aqsa untuk beribadah khasnya solat tarawih. Setiap tahun inilah drama di sana.

Keluarga Palestin al-Ghafir yang kehilangan tempat tinggal berbuka puasa di tepi khemah yang didirikan di kawasan runtuhan Masjid al-Hasayna di barat Bandar Gaza, semalam. - Foto AFP
Keluarga Palestin al-Ghafir yang kehilangan tempat tinggal berbuka puasa di tepi khemah yang didirikan di kawasan runtuhan Masjid al-Hasayna di barat Bandar Gaza, semalam. – Foto AFP

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedia berbelanja RM39 bilion untuk merealisasikan Lembaga Keamanan Gaza termasuk menempatkan tentera di wilayah itu.

Sambil itu, Iran pula diugut akan diserang jika enggan menandatangani perjanjian berkaitan isu nuklear.

Belalang buntu dengan senario di sana, sampai bila konflik berterusan. Ramadan datang dengan doa dan harapan, namun rakyat Palestin terus berdepan ketidakpastian.

Belalang merasakan selagi tiada penyelesaian adil dan menyeluruh, ketegangan akan terus berulang di sana. Soalnya, sampai bila.