Gempa bumi kuat di perairan Sabah

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang berlaku di perairan berhampiran bandar raya Kota Kinabalu, Sabah awal pagi ini.

Ia menyebabkan penduduk di beberapa daerah sekitar Sabah merasai gegaran

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku pukul 12.57 pagi.

Pusat gempa dikesan pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer (km), kira-kira 49 km barat dari Kudat.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di negeri ini, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, penduduk sekitar Kota Kinabalu turut berkongsi pengalaman merasai gegaran selama beberapa saat menerusi media sosial.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu turut melakukan rondaan di sekitar kawasan pusat bandar. – MalaysiaGazette

Sumber : MalaysiaGazette