ALOR SETAR: Sebuah rumah kedai di Kampung Hilir, Kubang Rotan di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminudin Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.28 tengah malam tadi.
“Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan dengan menggunakan sumber air yang diperoleh daripada tangki jentera dan bantuan jentera tangki air.
“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah kedai berkenaan.
“Api dapat dikawal jam 1.06 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ turut dilakukan untuk memastikan tiada sisa api di lokasi kebakaran, ” katanya.
Ahmad Aminudin berkata, setakat ini, punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 4.46 pagi

