Kota Bharu: “Kami hanya mahu berkongsi rezeki dan mereka (peserta) masuk secara sukarela tanpa paksaan,” kata usahawan, Wan Mohamad Rahimie Syazrin Ab Rahim berhubung pertandingan menangis (jerik) yang berlangsung dalam sebuah ekspo di RTC Tunjung, di sini, yang menerima kecaman netizen.
Wan Mohamad Rahimie, 32, berkata, pihaknya menjadi penaja utama ekspo berkenaan dan pertandingan jerik menjadi salah satu acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
Katanya, pertandingan itu menerima penyertaan 60 peserta berusia antara 30 hingga 70 tahun.
“Turut diadakan pertandingan menangis bagi kategori kanak-kanak.
Sumber : Harian Metro

