,

‘Macam mana kamu nak menjaga maruah anak-anak kamu?’ – Majistret tegur bapa simpan ratusan video lucah

Parit: “Kamu tak rasa ke bila kamu melihat perkara itu seolah-olah kalau benda itu terjadi dekat anak-anak kamu?”

Demikian kata Majistret Nurul Izalina Rajaai terhadap Idham Rhusla Mohamad Shahuri, 42, duda dua anak yang mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Parit, di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki 341 video lucah sejak 10 tahun lalu.

Atas pengakuan itu Idham Rhuslan yang bekerja kampung sebagai pemotong rumput dihukum penjara enam bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa dalam milikannya 341 video lucah dalam telefon bimbit jenama Oppo A35 di Kampung Sadang, Belanja Kiri dalam daerah Perak Tengah pada 12.51 tengah hari, Isnin lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Sumber Dari – Harian Metro