Israel arah penduduk Lubnan kosongkan selatan Sungai Zahrani

Foto yang diambil dari kawasan Marjayoun di selatan Lubnan menunjukkan kepulan asap selepas serangan udara Israel ke atas kampung Arnoun hari ini – Foto AFP

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mengeluarkan amaran kepada orang awam di selatan Lubnan supaya mengosongkan kawasan selatan Sungai Zahrani pada Ahad, susulan peningkatan operasi ketenteraan terhadap kumpulan Hizbullah.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan operasi ketenteraan Israel di wilayah berkenaan yang bersempadan dengan selatan Lubnan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, jurucakap tentera Israel berbahasa Arab, Avichay Adraee, menggesa penduduk supaya segera berpindah ke kawasan utara Sungai Zahrani.

“Penduduk selatan Lubnan, anda mesti segera berpindah ke utara Sungai Zahrani,” kata jurucakap tentera Israel berbahasa Arab, Avichay Adraee, dalam satu hantaran di media sosial.

SUMBER : TV3