KUALA LUMPUR: Barisan Nasional mendahului di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Berdasarkan portal myundi, gabungan itu mendahului di DUN Chennah, Senaling, Pertang, Palong, Pilah, Chembong, Sungai Lui, Juasseh, Johol, Rantau, Gemencheh, Seri Menanti, Labu, Kota dan Linggi.
Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di Serting dan Gemas, manakala calon PN di Sikamat, iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah yang mewakili Parti Wawasan Negara berdepan cabaran sengit.
Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan selesa mendahului lawan daripada Pakatan Harapan (PH) dengan kelebihan 1,390 undi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului di Pertang dengan 1,244 undi.

