Dua mangsa yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang semalam dipercayai merupakan seorang wanita berusia 37 tahun dan anaknya yang berusia 12 tahun.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, maklumat awal mengenai identiti kedua-dua mangsa diperoleh berdasarkan keterangan daripada waris.
Bagaimanapun, proses pengesahan identiti rasmi masih perlu dilakukan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
Lori tersebut kemudian bertembung dengan Perodua Bezza yang dinaiki dua mangsa berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan tragis itu.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan pihak polis. – Beautifulnara

