Wanita hilang tiga hari ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

Mayat lelaki dan wanita ditemukan dalam sebuah kereta berwarna hitam di tepi jalan di Taman Inang Sari, Durian Tunggal

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun ditemukan di dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan tidak bernyawa.

“Apabila diperiksa, terdapat seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang wanita berumur 31 tahun di dalam kenderaan.

“Keadaan fizikal mayat yang telah kembung dipercayai menunjukkan kedua-dua mangsa meninggal dunia dalam tempoh tiga hari,” katanya.

Beliau berkata, sebelum penemuan itu, ibu kepada wanita berkenaan membuat laporan polis pada 17 Sept lalu selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, wanita yang masih bujang itu kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

“Belum sempat siasatan kehilangan orang itu dijalankan, polis menerima maklumat mengenai penemuan kenderaan yang dipercayai dinaiki mangsa.

“Polis kemudian mengenal pasti wanita terbabit sebagai individu yang dilaporkan hilang,” katanya.

Ahmad berkata, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang kesan samun atau pergaduhan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

ASTRO AWANI