Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan undang-undang sehingga Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membanteras kegiatan penipuan kewangan di negara ini.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 149 peratus sejak Portal Fraud Kebangsaan (NFP) diperkenalkan pada April 2024.
Rumusan Artikel
- Lebih 9,600 akaun keldai telah dikenakan tindakan undang-undang sehingga Disember 2025.
- Pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan meningkat 149 peratus sejak April 2024 dengan diperkenalkan Portal Fraud Kebangsaan.
- Bank Negara Malaysia (BNM) memperkukuh kerjasama dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui Portal Fraud Kebangsaan.
- Institusi kewangan yang gagal mematuhi keperluan kawal selia boleh dikenakan tindakan seperti pendakwaan atau penalti kewangan.
- Bank diwajibkan mengesan transaksi mencurigakan dan melaporkan akaun yang disyaki sebagai akaun keldai.
- BNM menetapkan keperluan kawal selia kepada bank konvensional, bank digital dan penyedia dompet elektronik untuk mencegah penyalahgunaan kewangan.
Sumber : Beautifulnara

