KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, manakala tujuh kerusi diperuntukkan kepada Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembahagian itu merangkumi dua kerusi untuk MCA dan satu kerusi bagi MIC.
“Jadi matlamatnya BN akan bertanding 21 kerusi, termasuk dua MCA dan satu MIC, manakala tujuh kerusi untuk PN,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini.
Beliau berkata, parti-parti dalam PN akan menentukan sendiri calon dan parti yang bertanding di tujuh kerusi berkenaan berdasarkan persefahaman yang dicapai.
“Kita serah kepada kepimpinan PN untuk menjelaskan parti yang bakal bertanding di setiap kerusi yang diperuntukkan kepada gabungan itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

