Anggota polis cedera parah ditetak ketika operasi

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis dilaporkan cedera parah selepas dipercayai ditetak seorang lelaki menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Kepong, di sini, hari ini.

Mangsa dipercayai diserang ketika sepasukan polis menjalankan operasi di sebuah unit di pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, butiran sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Keadaan dan identiti suspek juga masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, seorang lelaki dilihat menyerang individu dipercayai anggota polis menggunakan dua bilah parang.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.

Media masih menunggu pengesahan dan kenyataan daripada polis berhubung kejadian ini. –MalaysiaGazette