SEPANG – Seorang penjawat awam berusia lingkungan 40-an ditahan selepas dipercayai membawa masuk seorang wanita warga asing berusia 38 tahun ke Malaysia tanpa pas perjalanan yang sah menerusi kaunter imigresen di Balai Ketibaan Terminal KLIA2.
Difahamkan kedua-dua individu terbabit dipercayai tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain.
Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi Munusamy berkata, tangkapan itu dilakukan oleh anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang bertugas di kaunter Imigresen terminal berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 17 November lalu, kira-kira pukul 1.18 pagi, daripada seorang pegawai AKPS yang bertugas ketika kejadian.
Menurutnya, siasatan terhadap penjawat awam terbabit dijalankan mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
“Wanita warga asing berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGhttps://malaysiagazette.com/2026/11/20/penjawat-awam-ditahan-bawa-masuk-wanita-asing-tanpa-dokumen-sah-di-klia2/azette

