Anwar mendoakan semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. – Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-68.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau mendoakan semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
“Dirgahayu Tuanku,” katanya.
Selamanya Malaysia

