KABUL: Sekurang-kurang 24 maut, manakala lebih 630 lagi cedera akibat gempa bumi di utara Afghanistan, semalam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan, lapor Xinhua.
Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter itu berpusat di kawasan Khulm pada kedalaman 28 kilometer.
Antara wilayah terjejas ialah Balkh, Samangan, Kunduz, Sar-e-Pul dan Jawzjan.
Kerajaan Afghanistan segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) penduduk yang terperangkap, selain pasukan turut bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pembersihan serta membuka semula beberapa laluan utama.
Pegawai di wilayah Badakhshan memaklumkan setakat ini, kira-kira 800 rumah didapati mengalami kerosakan akibat bencana alam itu.
Selain itu, Masjid Biru yang terkenal di Mazar-i-Sharif turut dilaporkan mengalami kerosakan.
Masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-12 itu adalah mercu tanda penting keagamaan dan kebudayaan di utara Afghanistan.

