NIBONG TEBAL: Peluang Kerajaan Perpaduan untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti semakin cerah dengan penampilan calon diketengahkan.
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, berkata beliau juga melihat dalam kalangan penduduk Sungai Bakap yang menginginkan perubahan.
“Saya melihat mood (suasana) yang sangat baik dalam kalangan masyarakat di Sungai Bakap yang inginkan perubahan.
“Masyarakat (di Sungai Bakap) memerlukan pemimpin yang berkualiti, mampu memimpin ke arah lebih baik secara holistik termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.
ai Bakap kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI): Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata calon diketengahkan Kerajaan Perpaduan iaitu Dr Joohari Ariffin adalah seorang pendidik yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas dari segi kepemimpinan.
“Beliau anak jati Sungai Bakap yang sudah tentunya memahami denyut nadi masyarakat setempat.
“Justeru, saya menyeru pengundi di Sungai Bakap untuk memberi sokongan penuh kepada Dr Joohari dan Kerajaan Perpaduan.
“Ini penting bagi memastikan agenda pembangunan dapat berlangsung dengan baik,” katanya.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.