Malaysia catat kejayaan hasil kerja berpasukan penjawat awam – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan yang dicapai Malaysia di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa antaranya adalah hasil kerja berpasukan seluruh penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata prestasi seorang Perdana Menteri, sama ada baik atau lemah juga banyak bergantung kepada kekuatan perkhidmatan awam, termasuk tenaga kerja di semua peringkat.

“… ramai yang menyatakan rasa terharu, kagum atas kejayaan-kejayaan kita. Sidang ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-ASEAN baru-baru ini dan kunjungan kita ke luar negara, orang melihat Malaysia ini sebagai negara yang punyai potensi dari segi pelaburan, teknologi baru, AI (kecerdasan buatan) dan sebagainya.

“Tapi kadang-kadang orang lupa, ini berlaku kerana kerja-kerja sebagai satu pasukan, dari penjawat awam yang serendah-rendah, yang membersihkan tempat, yang menyediakan kelengkapan, di barisan hadapan, sehinggalah ke penjawat awam peringkat tinggi dan barisan Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-30 di sini, malam ini.- MalaysiaGazette