MELAKA: Polis mengeluarkan 87 saman sepanjang program RXZ Member Ride 3.0 yang berlangsung di negeri ini, dengan kesalahan paling tinggi membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata sebanyak 14 saman dikeluarkan kerana LKM tamat tempoh, manakala 13 saman membabitkan penunggang yang tidak memiliki lesen sah manakala 11 saman lagi dikeluarkan kerana tidak menampal pelekat cukai jalan.
“Sebanyak 10 saman pula atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi turut mengesan lima motosikal tanpa nombor pendaftaran dan empat kes ubah suai ekzos yang tidak mematuhi spesifikasi.
“Kesalahan lain termasuk nombor plet tidak sah, lampu brek rosak, tidak mematuhi arahan pihak berkuasa, serta gagal berhenti apabila diarahkan.
“Tiada kenderaan disita atau tangkapan dibuat, dan tiada kemalangan maut atau parah dilaporkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

