,

Remaja 15 tahun terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang dan mangsa dikatakan masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintdan Lee Swee Sake ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette