Kanak-kanak enam tahun rentung dalam kebakaran dua rumah

TAMBUNAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Patau, Tambunan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di dalam sebuah bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.08 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari BBP Tambunan.

Kebakaran itu melibatkan dua buah rumah dan tiga kenderaan. Pemeriksaan kemudian menemui mayat kanak-kanak yang rentung, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : TV3