MOSCOW: Parlimen United Kingdom (UK) semalam meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang penjualan rokok kepada individu lahir pada 1 Januari 2009 dan ke atas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
RUU itu diluluskan oleh Dewan Pertuanan, kelmarin, selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Undang-undang itu akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan rasmi Raja Charles, menjadikan UK sebagai negara pertama yang mengenakan larangan merokok ke atas seluruh generasi.
“Ia adalah RUU penting. Ia akan mewujudkan generasi bebas asap rokok.
“Ia adalah campur tangan kesihatan awam yang paling penting dalam seumur hidup generasi ini,” kata Menteri Kesihatan UK, Gillian Merron.
RUU berkenaan juga membenarkan kerajaan memperluaskan kuasa bagi mengawal selia industri tembakau dan rokok elektronik (vape).
Secara khususnya, Menteri akan mempunyai kuasa yang diperluaskan untuk mengawal selia pembungkusan produk dan menentukan tahap serta perisa nikotin yang dibenarkan.

