,

Kekal atau keluar PN, terpulang kepada Bersatu – Samsuri

“Antara agenda yang penting (MTPN) adalah keanggotaan dalam Perikatan Nasional. Ketika ini, komposisi adalah seperti sebagaimana sedia ada. Bersatu, Pas, MIPP dan Gerakan,” katanya ringkas.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-40 Pas Kawasan Kuala Krau, di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan terdapat Ahli Parlimen Bersatu mendesak agar parti itu keluar daripada gabungan PN.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang media pada 13 Jun lalu menegaskan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir, sekali gus menyerahkan kepada Bersatu untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam PN atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Jun lalu memaklumkan, parti itu memutuskan untuk terus kekal dalam PN dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh menegaskan tidak ada sebab Bersatu keluar daripada gabungan itu dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh menyingkirkan Bersatu dalam PN.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan PN menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, Ahmad Samsuri memaklumkan, pihaknya masih belum memuktamadkan pengagihan kerusi.

TEMERLOH – Keputusan keluar atau kekal dalam Perikatan Nasional (PN) adalah terpulang sepenuhnya kepada Bersatu, kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, keputusan muktamad berkaitan keanggotaan dalam gabungan itu hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Tertinggi PN (MTPN) yang dijadualkan malam esok.

“Buat masa ini belum lagi, tapi kita akan selesaikan sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Jun untuk hari penamaan calon PRN Johor, manakala bagi PRN Negeri Sembilan pula pada 18 Julai. – MalaysiaGazette