PM zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Agong

Anwar mendoakan semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. – Foto Facebook/Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-68.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau mendoakan semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

ASTRO AWANI