Soalan SPM Tentang Penjodoh Bilangan ‘Trending’, Netizen Hairan Ramai Calon Tak Boleh Jawab

Soalan berkaitan penjodoh bilangan dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam menjadi topik hangat di media sosial selepas beberapa calon didakwa berdepan kesukaran menjawab soalan berkenaan.

Malah, terdapat segelintir pelajar yang dikatakan mempersoalkan kepentingan mempelajari penjodoh bilangan kerana jarang digunakan dalam kehidupan seharian.

Budak sekarang malas membaca?

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berpandangan bahawa situasi tersebut mungkin berpunca daripada amalan membaca yang semakin berkurangan.

Hal ini kerana penggunaan penjodoh bilangan lebih kerap ditemukan dalam penulisan berbanding perbualan harian.

Dalam pada itu, seorang pengguna yang bekerja dalam bidang barangan kemas berkongsi bahawa penggunaan penjodoh bilangan sudah menjadi kebiasaan dalam urusan pekerjaannya.

Seorang ibu turut berkongsi pengalaman anaknya mempelajari penjodoh bilangan daripada seorang guru berbangsa Cina di sebuah sekolah dalam hospital sebagai persediaan menghadapi SPM.

Cikgu Zack Kirana pun ‘up’

Perkara itu turut meraih perhatian guru yang juga pempengaruh media sosial, Zack Kirana yang membuat hantaran di Threads berkaitan penjodoh  bilangan.

Pada masa yang sama, segelintir netizen menyuarakan kebimbangan tentang tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Malah ada yang turut mencadangkan dan berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kembalikan semula peperiksan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sumber :- Beatifulnara