BUTTERWORTH – Seorang lelaki tempatan berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dipandunya ditembak dari jarak dekat berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia lingkungan 40-an itu dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Difahamkan, mangsa didatangi dua lelaki sebelum melepaskan tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan motif kejadian juga masih belum dikenal pasti.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media selepas ini. – MalaysiaGazette

