
APOKINAWA: Istana Shuri, salah sebuah lokasi tumpuan pelancong di Selatan Pulau Okinawa musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran.

Jurucakap polis Okinawa, Ryo Kochi berkata penduduk yang tinggal berdekatan diarah berpindah ke kawasan lebih selamat.
Rakaman televisyen menunjukkan pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di kompleks bertingkat itu selepas menerima panggilan jam 2.47 pagi Khamis.

Lebih 30 jentera dan 100 anggota bomba dikerah dalam usaha memadamkan kebakaran.