Malaysia
Azmin minta PLUS kaji semula keputusan tutup lorong tambah nilai

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (Plus) diminta mengkaji semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘N Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya seliaannya.
Seruan itu dibuat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, agar PLUS mengambil kira pandangan pengguna supaya mereka kekal diberi pilihan.
“Saya kira pandangan pengguna penting diberikan perhatian kerana kemudahan yang disiapkan itu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya.
“Saya berharap pengurusan dapat meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya dan mereka harus menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.