NewsWorld

Kebakaran belukar di timur Australia semakin buruk

SYDNEY, 12 Nov — Kebakaran belukar di beberapa negeri di New South Wales (NSW) Australia masih pada tahap berbahaya dengan ratusan sekolah ditutup dan penduduk diminta bersiap sedia berdepan keadaan lebih buruk, lapor agensi berita Xinhua.

Suhu diramalkan mencecah 35 darjah disusuli angin kencang dan kering, boleh mencetuskan “malapetaka” di Sydney dan kawasan sekitarnya.

“Hari ini akan menjadi hari sangat panjang dan berbahaya,” kata Perkhidmatan Bomba NSW menerusi media sosial pada Selasa.

Pada 6 pagi waktu tempatan terdapat 54 kebakaran di seluruh NSW, kebanyakannya di pantai utara – 25 daripada kawasan yang terbakar gagal dikawal.

Tahap bahaya bencana kebakaran bermaksud kawasan kebakaran merebak dengan cepat dan sukar dikawal.

“Bahaya kebakaran dinilai pada kesukaran mengawal kebakaran,” kata seorang pegawai kanan Biro Meteorologi Australia Clinton Yeo.

Beliau berkata penilaian bahaya kebakaran ini berdasarkan pada ramalan suhu, kelajuan angin dan juga jenis hutan atau kawasan padang rumput.

“Sebagai contoh apa yang berlaku sekarang kita sifatkan ia sebagai bencana …berdasarkan suhu yang sangat tinggi, kekuatan angin dan landskap kering disebabkan kemarau,” kata Yeo.

Mandatory Credit: Photo by SHANE CHALKER/EPA-EFE/Shutterstock (10469276j) Sebuah helikopter sedang menyiram air melalui udara bagi membantu memadamkan kebakaran di Harrington, New South Wales, Australia, 08 November 2019.

Pada tragedi “Black Saturday” yang berlaku pada 2009, menyaksikan 180 orang maut dalam kebakaran di Victoria yang merebak sehingga ke selatan NSW.

— BERNAMA

Source
Bernama
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close