Life Style

KESUNYIAN HANTUI KEHIDUPAN KANAK-KANAK

Sayu hati apabila terbaca berita di mana seramai 149 kanak-kanak membuat panggilan di Talian Kasih untuk mengadu bahawa mereka sedang mengalami kesunyian.

Pendedahan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu amat mengejutkan kerana sebanyak 56 peratus daripada 264 panggilan diterima daripada kanak-kanak yang ingin mengadu mereka kesunyian dan memerlukan seseorang untuk berbual.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Antara faktor-faktor yang mencetuskan kemurungan seperti :-

  1. Ibu bapa yang sibuk bekerja bagi menampung kehidupan seharian.
  2. Tiada komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
  3. Ibu bapa yang lebih pada screen-contact berbanding eye-contact
  4. Ibu bapa yang melepaskan kemarahan akibat tekanan.

Kesan yang anak-anak akan alami:-

  1. Anak-anak alami perasaan kesunyian yang merupakan masalah psikologi yang boleh membunuh jiwa anak-anak secara senyap.
  2. Kesan kesunyian itu boleh menyerang sistem imun anak-anak tersebut.

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Antara hadiah dan masa bersama ibu bapa pastinya anak-anak lebih memilih ibu bapa kerana mereka mahu ibu bapa bercakap, mendengar dan mendidik mereka mengenai dunia dan kehidupan. Tiada apa yang lebih bernilai dari kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa.

Tiada ibu bapa yang tidak bergelut mencari rezeki demi memenuhi tuntutan hidup pada zaman ini tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus bijak membahagikan masa. Sesibuk manapun jadual harian, sekurang-kurangnya berkomunikasilah dari hati ke hati dengan anak-anak agar jiwa mereka terisi.

Source
Nadi Negara
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close