Malaysia
Lori tangki terbakar

LORI tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh hari ini.
“Lori tangki muatan minyak itu terbakar 60 peratus dan kerja pemadaman sedang dijalankan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 11.16 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman.
“Operasi itu turut dibantu BBP Ipoh dan Kuala Kangsar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.