Malaysia

Mayat dengan kesan luka ditemukan terapung di Kunak

KUNAK: Satu mayat dipercayai lelaki berusia lingkungan 30- hingga 40-an tanpa identiti dijumpai di kawasan perairan Pantai Pangi, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, mayat lelaki tersebut ditemukan seorang pemancing yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari memancing.

Dia kemudian melaporkan penemuan mayat itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Baharin Md Tahir dalam kenyataannya berkata mayat tersebut ditemukan terapung di laut dan lengkap berbaju t-shirt hitam, lengan pendek dan berseluar jeans biru di paras paha serta memakai jam tangan.

“Siasatan awal mendapati terdapat tiga kesan luka di belakang kepala mayat berkenaan,” katanya.

Mayat tersebut dihantar ke Hospital Daerah Kunak untuk bedah disiasat.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close