Malaysia

JBPM Terengganu siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

EMAMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Terengganu bersiap siaga menghadapi gelombang kedua  banjir di daerah ini berikutan amaran hujan lebat dan ombak besar yang dijangka melanda.

Ketua Zon Dua JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba Dua Azman Alias berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat yang bermula Ahad sehingga Rabu ini dijangka menyebabkan beberapa kawasan berisiko dinaiki air dengan cepat.

Sehubungan itu, katanya, aktiviti pemantauan kini giat dijalankan di beberapa sungai, pantai dan air terjun di daerah ini bagi memantau paras air.

“Bermula 24 hingga 27 November ini, paras air laut akan naik.

“Ramalan untuk hujan lebat itu agak tinggi berbanding apa yang berlaku tempoh hari.

“Pihak kami juga telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang akan berlaku,” kata Azman.

Beliau turut menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti air sepanjang musim ini bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

Katanya, orang ramai juga perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara sekiranya kediaman mereka ditenggelami air.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close