MalaysiaPolitic

MCA tak boleh berlawan dengan DAP

WAWANCARA | Di sebalik kemenangan besar BN di Tanjung Piai, nampaknya ada satu lagi pengajaran berguna buat MCA menghadapi laluan berliku yang mendatang.

Pengajaran itu – jika menurut pandangan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin – ialah perlunya MCA bersikap sederhana dan memahamkan komuniti Cina di negara ini agar turut bersikap sederhana.

Sebaliknya, kata Khaled, jika MCA mahu menyaingi DAP dengan berlumba-luba menjuarai isu-isu kepentingan bangsa secara berlebihan, parti itu akan gagal.

“Banyak yang boleh kita pelajari daripada keputusan pilihan raya kecil (PRK) baru-bari ini. Antaranya ialah untuk mengukur tahap sokongan pengundi Cina.

“Pada pandangan saya, kalau MCA cuba untuk menjadi juara lebih daripada DAP, dia akan gagal,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

Khaled yang juga bekas menteri besar Johor menambah, dalam negara ini semua kaum perlu bersikap sederhana dan ia ditunjukkan terlebih dulu oleh orang Melayu yang bertoleransi tinggi.

Justeru kata beliau MCA sebagai satu-satunya parti Cina di negara ini perlu berusaha keras memahamkan pengundi bangsa itu agar mereka faham betapa perlunya mereka bersikap sederhana.

Usah terikut-ikut

Kata Khaled, Cina yang perlu dikembangkan ialah bangsa yang memahami hakikat bahawa negara ini kaum majoriti adalah Melayu serta peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati.

“MCA perlu bekerja untuk memastikan orang Cina moderate, orang Cina faham perkara ini, orang Cina tahu ini realitinya di Malaysia. Inilah karekter Malaysia… MCA perlu bekerja untuk ini.

“Tetapi kalau MCA cuba untuk jadi lebih DAP daripada DAP, semua orang Cina akan jadi rasis,” katanya.

PRK Tanjung Piai baru-baru ini menjadi tamparan hebat kepada PH apabila calon parti kerajaan kalah teruk kepada pembangkang yang diwakili Ketua MCA kawasan itu, Wee Jeck Seng

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close