Malaysia

17,000 dokumen bocor: Pendakwaan akan beri akses pada peguam Najib

Pasukan pendakwaan akan memberikan peluang kepada pasukan pembelaan untuk memeriksa 17,000 dokumen berkaitan 1MDB yang diserahkan pembocor maklumat Xavier Justo kepada SPRM semasa siasatan kes.

Bagaimanapun, dokumen yang terkandung dalam pemacu jari (tumbdrive) itu tidak boleh diambil bersama.

Ketua timbalan pendakwa raya (DPP) Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perkara itu selepas hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pemeriksaan itu.

Bekas perdana menteri Najib Razak membuat permohonan itu susulan perbicaraan kes 1MDB melibatkan dana RM2.28 bilion.

Sequerah berkata pihak pendakwaan harus memeriksa akses kepada pasukan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dari hari ini.

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close