MalaysiaPolitic

Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat – Ketua Cabang PKR

Baby Anne berkata, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga.- Astro AWANI

LAHAD DATU: Ketua PKR Cabang Batu Sapi, Baby Anne Alsali hari ini menyeru pimpinan parti supaya tidak lagi berbalah sesama sendiri dan berhenti melakukan tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Katanya, perkara yang paling utama ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perjuangan dan menjaga kepercayaan rakyat.

“Tolong berhenti berbalah sesama sendiri dan jangan ada batu api yang cuba keruhkan lagi keadaan.

“Ketahuilah, rakyat terutamanya ahli parti, jadi tekanan dengan politik semasa negara ini, termasuk ahli-ahli di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas isu semasa berkaitan PKR yang dilihat agak panas dengan wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu.

Menurut Baby Anne, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga.

“Jangan mempermainkan kepercayaan rakyat. Kepada yang jadi batu api, tolong hentikan. Jangan cuba meraih populariti daripada perbalahan yang berlaku.

“Kita serahkan sahaja kepada pimpinan pusat untuk selesaikan segala percakaran yang berlaku,” katanya kepada media ketika hadir di Majlis Kejohanan Futsal anjuran Timbalan Ketua Pemuda PKR Sabah, Blission Zainuddin.

Hadir sama, Setiausaha Persatuan Angkatan Bumiputera Sabah merangkap Setiausaha Wanita PKR Cabang Silam, Lady Marine Abdul Moin.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close