InfoMalaysia

Tidak wujud elaun parking RM5,700 untuk menteri – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.

Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.

Seorang lagi netizen bertanya: “YB boleh bagi simple explanation kenapa perlunya elaun parking sebanyak RM5700 sebulan? Dah lama perkara ni menjadi pertanyaan tp tak pernah ada sesiapa beri penerangan.”

Ciapan Saifuddin di laman Twitter

Menteri Luar itu membalas: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking”.

Beliau juga berkata, maklumat yang tular itu tidak betul.

Sejak kelmarin tular infografik mengenai gaji serta elaun yang diterima menteri.

Source
MalaysiaGazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close