Malaysia

Lelaki dari Nepal maut terjatuh dalam mesin pengisar daging

Seorang warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.

Beliau berkata sebelum kejadian, mangsa yang berusia 22 tahun sedang membuat kerja membaik pulih pengisar tersebut dan suis mesin itu dihidupkan secara tiba-tiba.

“Kita menerima panggilan kira-kira 7.46 pagi dan tiba di kilang tersebut untuk operasi mengeluarkan mangsa sembilan minit kemudian bersama enam anggota dari balai Masjid Tanah.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selain pendarahan teruk di bahagian pinggang dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

– Bernama

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close