Malaysia

Ketua pemuda Bersatu Tanjung Malim maut kemalangan

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Tanjung Malim meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaikinya dengan sebuah lori di Tapah, pagi tadi.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 315.8 Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam kejadian sekitar jam 6.15 pagi itu, Luth Ishak berada di bahagian penumpang hadapan apabila kenderaan dinaikinya bersama tiga yang lain merempuh belakang lori terbabit.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan sebagai berkata, kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan telur ayam dan kekacang itu dipercayai menukar laluan dari lorong kanan ke lorong kiri, menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal dikawal.

Akibat daripada kemalangan itu, Luth maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya cedera termasuk dua parah.

Pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan patah kaki.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Wan Azharuddin turut dilaporkan berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kuala Lumpur Daily mengucapkan takziah kepada keluarga Luth Ishak

Al-Fatihah


Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close