Malaysia

PM: Dedah rakaman audio sama dengan tunjuk barang Rosmah disita

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggambarkan bahawa tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon Najib Razak adalah sama dengan tindakan polis menunjukkan barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu pada 2018.

Beberapa pihak sebelum ini membidas pendedahan rakaman audio itu atas alasan bahawa ia boleh menjejaskan perbicaraan mahkamah berkaitan 1MDB dan SRC International.

“Saya sokong atau tidak sokong tidak penting. Yang penting sama ada benda tu (pendedahan rakaman audio) boleh buat.

“Dulu boleh buat, bila raid (kondominium) Pavilion. Kita dapati barang yang banyak dimiliki Rosmah (Mansor) dan Najib, kita tunjuk pada orang ramai. Kita tak sembunyi sampai perbicaraan,” katanya kepada pemberita di Langkawi.

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close