Malaysia

Pemandu van maut, empat pemain badminton cedera kemalangan

SERDANG – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga tempatan maut tersepit, manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya MEX, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.57 pagi

“Seramai 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan media, tadi.

Hafisham berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai N Bavan.

“Manakala mangsa yang cedera pula, pemain badminton England, William Thomas, pemain badminton Jepun, Hirayama Yu, Marimoto Akifumi dan Kento Momota,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan van pelancong yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah lori tanah.

“Terdapat lima mangsa dalam van itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Jepun, seorang lelaki warga England dan pemandu warga tempatan,” katanya.

Menurutnya, empat pemain badminton tersebut cedera ringan telah dibawa ke hospital dengan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Manakala pemandu van tersebut masih tersepit, operasi mengeluarkan mangsa diteruskan,” katanya.

Source
Sinar Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close