Malaysia

Hari 8: Mahkamah sambung mainkan semula rakaman audio mesyuarat

LANGSUNG | Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari kelapan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.


3.18 petang: Mahkamah selesai memainkan semula rakaman audio mesyuarat 24 Feb 2016.


2.08 petang – Mahkamah Tinggi menyambung semula memainkan rakaman audio berdurasu dua jam dan 45 minit yang dikatakan dirakam pada mesyuarat 24 Feb 2016.

Pada mesyuarat ini, didakwa bahawa keputusan dibuat untuk menggugurkan beberapa isu kontroversi daripada laporan audit akhir 1MDB.


2.05 petang – Najib dan Arul Kanda masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, tidak dapat menghadiri prosiding petang ini.

Peguam bersama Najib, Rahmat Hazlan memaklumkan hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Shafee berasa tidak sihat awal pagi ini.

Rahmat menambah bahawa Shafee akan menghadiri prosiding esok.

Juga dilihat di mahkamah ialah peguam bela utama Arul Kanda, N Sivananthan dan ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.


2.04 petang – Najib melangkah masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah, bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close