Uncategorized
Koronavirus: 8 rakyat China dikuarantin di Johor Bharu

Kesemua lapan individu terbabit perlu diasingkan sekurang-kurangnya satu minggu bagi mengenal pasti sekiranya mempunyai simptom koronavirus. – Gambar AFP, 24 Januari, 2020.
LAPAN rakyat China dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru selepas dikenalpasti mempunyai kaitan dengan kes virus Wuhan di Singapura, lapor Bernama.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kesemua mereka merupakan rakan seperjalanan seorang lelaki rakyat China berusia 66 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 20 Januari lalu sebelum disahkan positif novel koronavirus import.