
Tegas Tun Mahathir, sayang kepada bangsa perlu diterjemahkan melalui kemajuan masyarakat yang sentiasa bersaing. – Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakyat perlu mengutamakan kejayaan sebagai satu bangsa dengan bukan sekadar melalui bahasa sendiri sahaja.
Tegasnya, sayang kepada bangsa perlu diterjemahkan melalui kemajuan masyarakat yang sentiasa bersaing.
Justeru, beliau mahu rakyat berfikir semula mengenai kepentingan menggunakan bahasa lain yang sekali gus memberi banyak manfaat kepada pembangunan masyarakat dan negara.
“Saya Melayu. Saya sayang kepada bangsa dan bahasa Melayu. Tetapi kita perlu beri pertimbangan kepada kemajuan bangsa. Sebenarnya jika sayang kepada bangsa, utamakan kejayaan sebagai satu bangsa dan kemajuannya lebih dari hanya kegunaan bahasa sendiri sahaja.