NewsVIRALWorld

Tentera mengamuk, lebih 20 maut di Thailand

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya dan 2 yang lain sebelum bertindak melarikan mencuri beberapa senjata api. (Gambar Bernama)

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas seorang tentera yang dipercayai mengamuk melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand hari ini.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Kongcheep Tantravanich berkata, mangsa yang terbunuh termasuk 3 anggota tentera.

“Masih tidak jelas berapa ramai anggota polis yang terbunuh dalam insiden itu,” katanya.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Suspek masih bebas dan berada di dalam sebuah pusat membeli-belah dan dipercayai menahan beberapa tebusan. Bagaimanapun, jumlah mereka masih tidak diketahui.

Anggota tentera berusia 32 tahun itu, yang berkhidmat di Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua, melepaskan tembakan di beberapa lokasi, termasuk sebuah kuil Buddha di bandar itu, yang terletak kira-kira 250 km dari Bangkok.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya dan 2 yang lain di Kem Tentera Surathampithak sebelum bertindak melarikan mencuri beberapa senjata api baru.

Dia melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera itu ke pusat membeli-belah Terminal 21, di mana dia dipercayai menyembunyikan diri.

Terdahulu, suspek melakukan penstriman secara langsung berkaitan serangan itu di Facebook dan memuat naik swafotonya yang sedang memegang selaras raifal.

“Keletihan. Saya hampir tidak mampu menggerakkan jari-jemari saya,” tulisnya di video yang dimuat naik pada kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan). Bagaimanapun, video itu kemudian telah dikeluarkan.

Sebuah video yang dimuat naik secara online menunjukkan anggota tentera itu meluru keluar dari kenderaannya di sebuah pusat membeli-belah sebelum mula melepaskan berdas-das tembakan secara rambang.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Thailand Apirat Kongsompong mengeluarkan perintah kepada komander tentera darat tempatan untuk menyiasat insiden itu.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan memburu suspek.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden itu.

Source
FreeMalaysiaToday.com
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close